Powered By Blogger

Khamis, Mac 19, 2009

Sedih>>>Geli


Ini ada satu kisah yg buat aku sedar...Kisah MELAYU SINGAPORE....
Hari minggu lepas, adalah kakak angkat aku orang s'pore. Ajak aku g b'day party kat chalet sewa. Aku ingatkan party biasa ajer sebab ada family members skali. Aku tgk suma org melayu ajer kat situ so aku pon buat mcm biasa lah... MAKAN. Tp semua tue berubah bila aku tertengok bapak si b'day girl nie keluarkan air setan mahal2 dari beg dia... aper lag menjeling la aku... Dah lak tue depan anak2 dia . aku pon tak tau aper la dalam kepala hotak orang melayu s'por nie.. aku ingat ker melayu yg tak sekolah ajer mcm tue.. rupanya yg educated lg teruk.. Aku pon tanya la kakak angkat aku.. ni b'day party ke aper.. nak tau dia jawab aper. Malam nanti lg ramai yg nak datang. And the best part is...we are the only Malay there. Ada orang puteh ngan serani nak datang. So aku pon angkat beg aku cabut laa tp dgn cara terhormat la... "Sorry uncle, aunty.. i have to go.. I'm working tonight.. Thanks for the meal."

BORING???

Dah dekat sebulan aku tak pegi mana2... Keja pas tue balik rumah tido.. Itu ajer keja aku.. Naik boring aku dibuatnya.. Tapi aper nak buat.. Tue kan facts of life.. Hidup mesti kerja.. Tak kerja macam mana nak ada duit.. Nak makan.. Beli baju.. Kereta.. PEREMPUAN??? Haahaa.. Tue aku tak tau..
Apa pon maybe sabtu nie aku turun JB.. Buat la aper2 yg patut.. Cuci mata tgk baju best2 kot.. Tak pon tgk wayang SORANG2... haha what a life...

Khamis, Mac 12, 2009

Sakit...

Selama 10 tahun hidup aku dalam mencari erti kehidupan, baru aku ngerti yg cinta, kasih sayang antara lelaki dan perempuan memang complicated. Aku ingat bila cinta tue hadir dalam hidup kita, itu lah saat paling bahagia dalam hidup kita. Tapi semua tue salah. Perempuan memang kejam tanpa memikirkan langsung hati dan perasaan lelaki. Aku dah kalah dalam perjuangan cinta selama 7 tahun. Selama itu juga aku berikan segalanya kepada dia. Baik masa, tenaga, kebendaan, semuanya untuk dia. Aku ikutkan sahaja kehendak dia. Tapi semua tue tak menjamin kebahgiaan. Aku faham sekarang.
Tapi kenapa aku tak merasakan apa2. Hati aku nie macam dah hilang. Aku mau menangis meratapi kehilangan aku tue. Adakah kerana kesakitan yg aku rasa membunuh aku. Adakah aku dah hilang cahaya kebahgiaan. Adakah aku mula hilang pedoman hidup.... Mungkin sekarang nie adalah waktu untuk aku berfikir, muhasabah diri. Mungkin aku jumpa jawapannya... Ya Allah tolonglah hambaMu ini.

Khamis, Februari 19, 2009

Confused???




Cinta.
Senang ajer nak eja kan. Tp susah nak faham maksudnya. Kekadang mudah nak difahami, kekadang tue seksa dibuatnya nak faham. Kenapa ya bila kita cinta dan sayang seseorang tue dgn sepenuh hati, akhirnya kita jugak yg sakit hati.
Perempuan.
Apa yg kamu mahu dari seorang yg bernama lelaki. Lelaki yg sayang dan cintakan kamu. Kenapa mesti banyak dolak dalih? Kenapa banyak alasan? Apakah sukar menerima cinta seorang lelaki? Kenapa mesti mempersendakan lelaki sedangkan kamu tau lelaki itu sayang sepenuhnya pada kamu?
Bulan.
Andai aku jadi kamu. Aku terangi seluruh alam ini di waktu malam kelam. Dunia menjadi indah walau dasarnya penuh dusta.

Sabtu, Februari 14, 2009

CUUTTIIIII


Aku dah lama tak blogging. Adalah dekat sebulan. Sibuk lah tambah plak cuti lama. Jadi masa tue banyak terbuang untuk family n YESSS TIDO. Cuma semenjak dua menjak nie aku dah reda dan emosi aku tenang. Kalau ada jodoh adalah. Kalau takder itu dan ketentuanNya.

Aku kesian ngan mak aku. Dia nak sangat tgk aku kawin, ader family sendiri. Dia tau aku nie nak sangat ada family tapi nak buat camner... Posing kat alamanda.. huhu

Isnin, Januari 05, 2009

Happy New Year

Selamat tahun baru..
Bertambah lagi usia bumi nie. Dan semakin banyak jugak perkara yg membingitkan kepala aku nie. Banyak benda yg aku harus fikir. Ke mana arah tuju hidup aku nie? Di mana cinta yg aku harapkan selama ini? 2 perkara yg selalu bermain dalam kepala aku nie. Sampai skrg belum jumpa jawapan nya. Aku harap tahun baru nie aku akan dapat jawapannya dan aku harap apa yg aku usahakan dan aku hajati selama ni akan berhasil.
Dalam zaman kegawatan ekonomi nie ramai yg terasa bahangnya tapi aku tak. Aku bersyukur dengan hasil titik peluh aku berkerja, aku terima ganjaran nya. Masuk ajer tahun baru aku dimaklumkan oleh bos aku yg aku akan menerima kenaikan gaji dan bonus atas prestasi aku tahun lepas. Nampaknya kegawatan ekonomi tak memberi kesan kat company aku keja nie. Malah banyak customer baru aku terima... Aku harap semua nie berterusan.