Powered By Blogger
Memaparkan catatan dengan label Catatan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Hati. Papar semua catatan

Ahad, September 19, 2010

Bahagia???

Aper yg aku mahukan dari dalam hidup aku?
Cuma satu...bahagia.
Susah nak cari suma tue kan..
Mungkin aku perlu paham erti bahagia tue sendiri..
Tak semestinya kena hidup berpasangan baru bahagia..
Kekadang dengan bahagiakan orang lain, kita boleh merasai kebahagiaan tue...
Terutama orang yg terdekat dengan kita..

Selasa, Januari 19, 2010

kesal...

maafkan aku...memang aku rasa kesal sgt dgn apa yg jadi...bukan aku sengaja tp keadaan skrg memaksa aku untuk diam...kekadang aku perlukan masa untuk bersendirian...fikirkan solusi, fikirkan masa depan, fikirkan benda yg tak pernah terpikir... pening tak jadi aku...pening kan

Sabtu, Ogos 15, 2009

Maafkan Aku

Aku rasa bersalah sangat sekarang nie. Aku terlupa ulangtahun adik perempuan aku 4 hari lepas. Nie lah akibatnya jauh dari keluarga. Jauh dari segalanya. Aku harap adik aku maafkan aku. Entah kenapa di saat ini aku nak sangat balik ke tempat asal aku. tapi apakan daya, aku kat sini mencari rezeki demi masa depan aku. MAAFKAN BNGAH ADIK

Khamis, Julai 09, 2009

This Is It!

Aneh hidup ini kan...kadangkala kita diatas, kadangkala kita dibawah. But sometimes it really hurts when u feel really really lonely. Aku dah amik keputusan untuk enjoy the rest of my life dari fikir pasal jodoh nie.. bukan mengalah tp rasa mcm buang masa plak. Selepas nie aku nak jurnal kan kisah hidup aku selama aku dah dewasa nie. Insyallah

Selasa, Jun 30, 2009

Selamat 30 tahun

Selamat Hai Jadi Kamal...
dah 30 tahun aku hidup. banyak yang telah aku lalui dalam tempoh itu. tapi 10 tahun kebelakangan ini hidup aku lebih berkisar kepada mengenali diri aku. siapa aku? 3 tahun aku di singapore banyak mengajar aku erti hidup. hidup jauh dari keluarga dan rakan2 membuat aku lebih menghargai mereka. Bak kata orang2 dulu, "kalau dekat bau taik, bila jauh bau bunga". dan lebih penting, aku belajar hargai diri akuk sendiri. segala kelemahan yg aku ada, aku kaji dan perbaikinya. moga Tuhan makbulkan doa aku untuk jadi insan yg lebih baik....

Ahad, Mei 10, 2009

Blur

dah lama aku tak blogging..
entah lah kemana semangat aku hilang
kekadang tue aku hanya pandang ajer keyboard nie
naik keras jari aku nie...
mungkin aku skrg nie tgh blur
mungkin aku keliru
mungkin aku tgh sunyi,sepi
tanpa sesiapa di sisi....
mungkin skrg aku tgh sibuk fikir
aper aku nak buat utk masa depan aku
maksud aku future planning
aku dah mula terima kenyataan
yg aku ni mmg dah ditakdirkan hidup sorang
jd aku perlu fikirkan aper aku nak buat
supaya aku tak buang masa pikir psal jodoh nie
HUHUHU....

Khamis, April 16, 2009

Keliru

Ish...mcm mana yer rasa jatuh cinta

aku keliru sebenarnya nie
aku terasa mcm ada satu perasaan yg lain

mcm terasa nak dekat dgn seseorang
mcm nak selalu tgk muka dia

adakah aku jatuh cinta lagi????

Mak aku ckp..susah nak jatuh cinta

lebih2 lagi dgn org yg memahami kita...
thanks Mak.. n Happy b'day

Khamis, Mac 19, 2009

BORING???

Dah dekat sebulan aku tak pegi mana2... Keja pas tue balik rumah tido.. Itu ajer keja aku.. Naik boring aku dibuatnya.. Tapi aper nak buat.. Tue kan facts of life.. Hidup mesti kerja.. Tak kerja macam mana nak ada duit.. Nak makan.. Beli baju.. Kereta.. PEREMPUAN??? Haahaa.. Tue aku tak tau..
Apa pon maybe sabtu nie aku turun JB.. Buat la aper2 yg patut.. Cuci mata tgk baju best2 kot.. Tak pon tgk wayang SORANG2... haha what a life...

Khamis, Mac 12, 2009

Sakit...

Selama 10 tahun hidup aku dalam mencari erti kehidupan, baru aku ngerti yg cinta, kasih sayang antara lelaki dan perempuan memang complicated. Aku ingat bila cinta tue hadir dalam hidup kita, itu lah saat paling bahagia dalam hidup kita. Tapi semua tue salah. Perempuan memang kejam tanpa memikirkan langsung hati dan perasaan lelaki. Aku dah kalah dalam perjuangan cinta selama 7 tahun. Selama itu juga aku berikan segalanya kepada dia. Baik masa, tenaga, kebendaan, semuanya untuk dia. Aku ikutkan sahaja kehendak dia. Tapi semua tue tak menjamin kebahgiaan. Aku faham sekarang.
Tapi kenapa aku tak merasakan apa2. Hati aku nie macam dah hilang. Aku mau menangis meratapi kehilangan aku tue. Adakah kerana kesakitan yg aku rasa membunuh aku. Adakah aku dah hilang cahaya kebahgiaan. Adakah aku mula hilang pedoman hidup.... Mungkin sekarang nie adalah waktu untuk aku berfikir, muhasabah diri. Mungkin aku jumpa jawapannya... Ya Allah tolonglah hambaMu ini.

Khamis, Februari 19, 2009

Confused???




Cinta.
Senang ajer nak eja kan. Tp susah nak faham maksudnya. Kekadang mudah nak difahami, kekadang tue seksa dibuatnya nak faham. Kenapa ya bila kita cinta dan sayang seseorang tue dgn sepenuh hati, akhirnya kita jugak yg sakit hati.
Perempuan.
Apa yg kamu mahu dari seorang yg bernama lelaki. Lelaki yg sayang dan cintakan kamu. Kenapa mesti banyak dolak dalih? Kenapa banyak alasan? Apakah sukar menerima cinta seorang lelaki? Kenapa mesti mempersendakan lelaki sedangkan kamu tau lelaki itu sayang sepenuhnya pada kamu?
Bulan.
Andai aku jadi kamu. Aku terangi seluruh alam ini di waktu malam kelam. Dunia menjadi indah walau dasarnya penuh dusta.

Sabtu, Februari 14, 2009

CUUTTIIIII


Aku dah lama tak blogging. Adalah dekat sebulan. Sibuk lah tambah plak cuti lama. Jadi masa tue banyak terbuang untuk family n YESSS TIDO. Cuma semenjak dua menjak nie aku dah reda dan emosi aku tenang. Kalau ada jodoh adalah. Kalau takder itu dan ketentuanNya.

Aku kesian ngan mak aku. Dia nak sangat tgk aku kawin, ader family sendiri. Dia tau aku nie nak sangat ada family tapi nak buat camner... Posing kat alamanda.. huhu

Isnin, Januari 05, 2009

Happy New Year

Selamat tahun baru..
Bertambah lagi usia bumi nie. Dan semakin banyak jugak perkara yg membingitkan kepala aku nie. Banyak benda yg aku harus fikir. Ke mana arah tuju hidup aku nie? Di mana cinta yg aku harapkan selama ini? 2 perkara yg selalu bermain dalam kepala aku nie. Sampai skrg belum jumpa jawapan nya. Aku harap tahun baru nie aku akan dapat jawapannya dan aku harap apa yg aku usahakan dan aku hajati selama ni akan berhasil.
Dalam zaman kegawatan ekonomi nie ramai yg terasa bahangnya tapi aku tak. Aku bersyukur dengan hasil titik peluh aku berkerja, aku terima ganjaran nya. Masuk ajer tahun baru aku dimaklumkan oleh bos aku yg aku akan menerima kenaikan gaji dan bonus atas prestasi aku tahun lepas. Nampaknya kegawatan ekonomi tak memberi kesan kat company aku keja nie. Malah banyak customer baru aku terima... Aku harap semua nie berterusan.

Khamis, November 13, 2008

aKu

aku adalah lumpur hitam
yang mendebu kotor dan hina
menempel di sandal dan sepatu
hinggap di atas aspal
terguyur hujan
terpelanting
siapa sudi memandang
atau menghulur tangan?
tanpa uluran tangan Tuhan
aku adalah lumpur hitam
yang malang

Selasa, November 11, 2008

HINT

Hari ni aku berfikir.. sampai mana seorang perempuan tue dapat bertahan dengan lelaki? Tahan dengan ego, perangai... Semua nie timbul bila aku dengar rancangan di radio.. Persoalannya kenapa lelaki nie tak paham2 gak bila pompuan nie bagi hint sampai beratus kalipun? Contohnya macam nie la...
"Abang.. Besok ingat tak hari apa?"
"Entah abang pun tak ingat..public holiday ker?"
"Special sgt besok nie bang...takkan tak ingat"
"Laa abang tak tahu laaaa"
Jadi aper kesimpulannya si isteri nie jangan la harap sangat lelaki nie nak ingat semuanya... lelaki nie tak pandai nak baca2 hint nie... jadi kalau nak cakap ajer straight foward...
ADA PAHAM!

Ahad, November 09, 2008

Weird!!!!

Pernah tak korang fikirkan, apa akan jadi pada hidup korang 5, 10 tahun yang akan datang.. Aku selalu fikirkan tentang masa depan tapi setiap kali aku fikirkan mesti terbantut, noktah, fullstop.. Nak tau sebab aper.. Sebab aku tak nampak lagi dengan siapa aku nak kongsi hidup aku... Aku mcam tergantung, meraba dalam kegelapan, tak tau arah tujuan hidup aku.. Bukan aku tak tau aper aku nak buat dengan hidup aku tapi dari segi emosi, jiwa... KOSONG..NILL..ZERO.. Mungkin kah aku nie dah serik untuk bercinta atau aku ni dah tak percaya dengan kata2 wanita.. Ada tak sesiapa yang boleh bantu aku... AM I WEIRD... no i dont think so.. Aku pun nak bahgia macam orang lain gak...
HHHEEEELLLLLLLLLLPPPPPP

Jumaat, November 07, 2008

Kenapa susah nak dapat jodoh?

Kenapa susah nak dapat jodoh? Kalau nak di ikutkan memang susah nak dapat jodoh baik lelaki atau perempuan. Zaman dah berubah. Banyak faktor penyebab kenapa keadaan ini berlaku. Mungkin antara sebab2 nya latar belakang pendidikan, pekerjaan, keupayaan kewangan... Bagi lelaki cukuplah sekadar perempuan itu mampu menjadi isteri yang baik tapi bagi perempuan semua yang dinyatakan diatas amat penting. Faktor material tue jadi sangat penting. Maka tue ramai yang masih membujang atau pun masih mencari. Tapi adakah perempuan sedar yang material tue tidak menjamin kebahgiaan. Itulah yang aku kesalkan sehingga ke saat ini. Seolah-olah mencari jodoh itu seperti membeli kebahagiaan... Dan sebab itu juga susah aku nak mempercayai kejujuran seorang perempuan... Maaf tapi itu adalah realiti. Walaupun aku mampu untuk mendirikan rumah tangga tapi pengalaman mengajar aku untuk lebih berhati-hati mencari jodoh..

Isnin, November 03, 2008

Manusia manusia

Berada di perantauan nie banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya. Banyak yang aku lihat macam2 perangai dan sikap manusia. Penuh dengan warna warni. Baru aku sedar yang hidup ini sebenarnya indah jika kita tahu bagaimana hendak dijalani.

Sabtu, November 01, 2008

segalanya bermula

Duniaku baru hendak bermula.. Hari nie tanggal 1 November 2008, aku mahu memulakan segalanya semula... aku mahu lupakan segala sejarah pahit yang pernah aku lalui... buka buku baru...