Powered By Blogger

Khamis, November 13, 2008

aKu

aku adalah lumpur hitam
yang mendebu kotor dan hina
menempel di sandal dan sepatu
hinggap di atas aspal
terguyur hujan
terpelanting
siapa sudi memandang
atau menghulur tangan?
tanpa uluran tangan Tuhan
aku adalah lumpur hitam
yang malang

Selasa, November 11, 2008

HINT

Hari ni aku berfikir.. sampai mana seorang perempuan tue dapat bertahan dengan lelaki? Tahan dengan ego, perangai... Semua nie timbul bila aku dengar rancangan di radio.. Persoalannya kenapa lelaki nie tak paham2 gak bila pompuan nie bagi hint sampai beratus kalipun? Contohnya macam nie la...
"Abang.. Besok ingat tak hari apa?"
"Entah abang pun tak ingat..public holiday ker?"
"Special sgt besok nie bang...takkan tak ingat"
"Laa abang tak tahu laaaa"
Jadi aper kesimpulannya si isteri nie jangan la harap sangat lelaki nie nak ingat semuanya... lelaki nie tak pandai nak baca2 hint nie... jadi kalau nak cakap ajer straight foward...
ADA PAHAM!

Ahad, November 09, 2008

Weird!!!!

Pernah tak korang fikirkan, apa akan jadi pada hidup korang 5, 10 tahun yang akan datang.. Aku selalu fikirkan tentang masa depan tapi setiap kali aku fikirkan mesti terbantut, noktah, fullstop.. Nak tau sebab aper.. Sebab aku tak nampak lagi dengan siapa aku nak kongsi hidup aku... Aku mcam tergantung, meraba dalam kegelapan, tak tau arah tujuan hidup aku.. Bukan aku tak tau aper aku nak buat dengan hidup aku tapi dari segi emosi, jiwa... KOSONG..NILL..ZERO.. Mungkin kah aku nie dah serik untuk bercinta atau aku ni dah tak percaya dengan kata2 wanita.. Ada tak sesiapa yang boleh bantu aku... AM I WEIRD... no i dont think so.. Aku pun nak bahgia macam orang lain gak...
HHHEEEELLLLLLLLLLPPPPPP

MELAYU???

Di tengah2 kota singa nie mcam2 yang ada dan mcam2 jenis manusia yg ada.. aku terlihat sekumpulan anak2 muda yang aku pasti orang melayu, tapi aku tak pasti dimana jati melayu diaorang. Ada yg bertatoo, yg bertindik, yg minum arak... Astaga.. dimana sifat malunya seorang MELAYU dan yg paling penting seorang ISLAM... terlalu bebas hinggakan hilang jati diri orang melayu di singapura ini.. aku berlalu melintasi anak2 muda itu dengan perasaan marah yang membuak-buak.. mau aku tegur tapi apakan daya sedangkan MAKBAPAK diorang pun tak larang atau dah tak kuasa nak larang...

Jumaat, November 07, 2008

Kenapa susah nak dapat jodoh?

Kenapa susah nak dapat jodoh? Kalau nak di ikutkan memang susah nak dapat jodoh baik lelaki atau perempuan. Zaman dah berubah. Banyak faktor penyebab kenapa keadaan ini berlaku. Mungkin antara sebab2 nya latar belakang pendidikan, pekerjaan, keupayaan kewangan... Bagi lelaki cukuplah sekadar perempuan itu mampu menjadi isteri yang baik tapi bagi perempuan semua yang dinyatakan diatas amat penting. Faktor material tue jadi sangat penting. Maka tue ramai yang masih membujang atau pun masih mencari. Tapi adakah perempuan sedar yang material tue tidak menjamin kebahgiaan. Itulah yang aku kesalkan sehingga ke saat ini. Seolah-olah mencari jodoh itu seperti membeli kebahagiaan... Dan sebab itu juga susah aku nak mempercayai kejujuran seorang perempuan... Maaf tapi itu adalah realiti. Walaupun aku mampu untuk mendirikan rumah tangga tapi pengalaman mengajar aku untuk lebih berhati-hati mencari jodoh..

Isnin, November 03, 2008

Manusia manusia

Berada di perantauan nie banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya. Banyak yang aku lihat macam2 perangai dan sikap manusia. Penuh dengan warna warni. Baru aku sedar yang hidup ini sebenarnya indah jika kita tahu bagaimana hendak dijalani.

Ahad, November 02, 2008

Yahoo...cuti

Hari nie aku dapat khabar baru dari majikan aku.. Cuti yang aku apply 2 minggu tue diluluskan... alhamdullillah syukur... Boleh aku bawak mak aku balik kampung... Aku pun dah lama tak balik.. Kalau nak ikutkan hati, mau ajer aku nak cuti bulan 12 tp ada orang dah booking cuti bulan 12 lak...

Sabtu, November 01, 2008

segalanya bermula

Duniaku baru hendak bermula.. Hari nie tanggal 1 November 2008, aku mahu memulakan segalanya semula... aku mahu lupakan segala sejarah pahit yang pernah aku lalui... buka buku baru...